Cupcake Casing IV


Exclusive design for cupcake casing..
Available in different colors & designs.
Minumum order is 10 pcs.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga & tempahan.

Cupcake Casing III


Cupcake casing dengan riben besar & medium.
Available in various colors & ribbon designs.
Minimum order 10 pcs.
Sila hubungi saya untuk mengetahui harga..

Cupcake Casing II


Salam..
Ni pula cupcake casing dengan riben besar.
Available in different colors & ribbon designs.
Minumum order 10pcs.
Sila hubungi saya jika berminat..

Cupcake Casing



Yang ni casing cupcake dengan single medium ribbon.
Available in different colors & ribbon designs.
Minimum order ialah 10pcs.
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Cupcake Casing

Salam...
Entry kali ni saya nak paparkan koleksi casing untuk cupcake.
Casing2 ni sesuai untuk cupcake sebagai doorgift.
Harga bergantung kepada design yang di pilih.
Minimum kuantiti ialah 10pcs...
Kalau ada yang berminat, sila email atau hubungi saya..

Shepard Pie

Shepard Pie..

Ada orang panggil cottage pie..
Ape-ape pun, sama je..
Yang ni saya buat 2 hari lepas. Kalau ikut resepi asal, inti daging tu dia masak ala2 perasa cendawan. Tapi saya tukar sesedap rasa. Hasilnya, memuaskan! Tak cukup satu bekas pie ni..
Ni resepi shepard pie versi saya...

Bahan Inti:

400gm daging kisar (lembutkan)
1 paket sos black pepper beef (instant)
200 gm sayur beku (peas, carrot & jagung)
1 biji bawang besar
minyak

Bahan Kulit:

3 - 4 biji kentang
mentega secukup rasa
susu secukup rasa
black pepper
keju parut

Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng daging sampai separa empuk. Masukkan serbuk perencah black pepper. Campurkan 2-3 sudu makan air. Masukkan bawang besar yang telah di potong2.. Masak sehingga empuk. Bila dah siap, masukkan inti ke dalam loyang pembakar.
2. Untuk kulit, rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk. Lecek kentang dengan potato masher. Campurkan butter, susu, black pepper & keju parut mengikut citarasa.
3. Ratakan kentang lecek di atas inti daging tadi. Ratakan.
4. Kalau suka, taburkan dengan keju parut & black pepper.
5. Bakar dalam oven 180'C anggaran 20-25 minit.

Request Recipie

Salam kepada pembaca & pelawat blog ini...

Lama tak update gambar-gambar kek kat sini..
Angin malas melanda la pulak...
Hmm... terasa nak mencuba resepi-resepi baru plak..
By the way, ada special request untuk resepi-resepi tertentu?
Kalau ada, bole send request tu pada saya.
Insya Allah, saya akan cari & cuba resepi-resepi tu & post kat blog nie...
Itu pun kalau ada request la..
Hehe..

Chiffon Kek

Ni plak resepi kek chiffon..
Sedap untuk minum petang....
Cicah dengan air teh panas pon sodap!!

Chiffon Cake

Bahan:
150 gm tepung
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder (ayak 3 bahan nie)
140 gm gula
1/4 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil vanilla
5 biji telur (asingkan putih & kuning)
25 gm gula
2/3 sudu kecil krim of tartar

Cara:
Panaskan oven pada 170'C
1. Pukul gula dengan telur sampai kembang sikit.
2. Masukkan air, minyak & vanilla. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung yang sudah di ayak. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur bersama krim of tartar.
5. Bila dah berbuih masukkan 25 gm gula. Terus pukul hingga buih jadi stiff peak.
6. Ambil sedikit putih telur, masukkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati. Masukkan lagi sedikit putih telur tu ke dalam adunan tepung & gaul perlahan hingga rata. Buat sehingga habis.
7. Masukkan ke dalam acuan & bakar hingga masak.

Peringatan: Jangan sapu acuan dengan minyak atau butter atau apa pun. Just alas dengan kertas minyak sahaja...

Selamat mencuba!!!

Carrot Cake

Hai semua...
Kali ni saya nak share resepi carrot cupcake...
Kek ni sangat sedap, lembut & moist..
Resepi ni di ambil dari laman www.marthastewart.com
Saya dah try... Memang sedap!!

Carrot Cup Cake

3 cawan lobak merah yg telah di parut (lbih kurang 4 carrot)
3 biji telur
2 cawan gula
1 1/2 cawan minyak masak (kalau nak lagi sedap, gunakan mentega cair)
1/3 cawan buttermilk (kalau takde, sekau 1/3 cawan susu, then campur 1 sudu cuka)
1 sudu kecil vanilla
1 cawan kismis (optional)
1 cawan kacang pecan (toast & cincang) - pakai kacang lain pon bole...
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Cara:

Panaskan oven pada 180'C
1. Pukul gula, telur & vanilla sampai kembang.
2. Masukkan minyak masak & buttermilk. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung, b. powder, b. soda, garam & serbuk kulit kayu manis yg telah di ayak. Gaul hingga rata.
4. Masukkan carrot, kacang & kismis. Gaul hingga rata.
5. Masukkan ke dalam paper cup 3/4 penuh.
6. Bakar hingga masak. (bergantung kepada saiz cupcake)

Cupcake ni bila dah sejuk baru best makan. Dia akan jadi supermoist..
Kalau tak suka sgt kek yang terlalu moist, boleh kurangkan minyak masak atau perah dulu air carrot tu sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
Satu adunan ni dapat banyak cupcake. Saya guna paper cup saiz 1o dapat 35 bijik..

Nak lagi best, sapukan dengan cream cheese frosting...
Fuhhh... sedap tak hengat!!

Selamat mencuba...

Fondant recipie..

Ada orang tanya saya pasal fondant nie..

Saya ni pun bukannya pandai sangat. Tak ada masuk kelas mana-mana pun pasal fondant nie. Saya cuma ikut resepi kat internet, then try buat sendiri. Mula-mula memang tak jadi, tapi bila dah selalu buat, Alhamdulillah, jadi juga. Tak payah bayar mahal-mahal nak masuk kelas fondant nie. Video-video yang banyak kat youtube pun turut bantu beri ilmu tentang fondant nie..

Yang saya tau fondant atau sugar paste ni ada 2 jenis. Satu yang dibuat dari 'scratch' iaitu dari campuran gelatin, shortening, glucose, glycerine, air & gula aising. Satu lagi jenis guna marshmellow & gula aising je. Ada lagi satu cara. Cara yang paling mudah. Iaitu beli fondant siap yang ada jual kat kedai-kedai bahan kek nie..

Setakat ni saya just buat sendiri semua fondant yang say gunakan. Bukannya ape. Kalau beli ni dahla harganya mahal. Satu pek tu sikit je. Tak tau nak estimate berapa banyak yang kita nak guna. Kalau time nak guna tu tetiba tak cukup, kan leceh nak keluar beli yang baru.. Kalau buat sendiri, dapat jimat kos & dapat banyak fondant utk setiap adunan..

Saya selalu guna resepi fondant dari Wilton. Saya just guna resepi yang guna gelatin semua tu..
Ni resepinya...

Fondant

Bahan:

1 tbsp + 2 tsp gelatin
1/4 cup air
1/2 cup sirap glukos
2 tbsp shortening
1 tbsp glycerin
8 cup gula aising (diayak)


Cara:
1. Masukkan air ke dalam mangkuk kaca. Taburkan gelatin ke atasnya. Biarkan dalam 5 minit.
2. Double boil gelatin & air tadi. Bila dah cair, masukkan sirap glukos. Kacau sampai sirap glukos tu cair sepenuhnya.
3. Masukkan shortening. Kacau lagi. Sebelum semua shortening cair, alihkan dari api.
4. Masukkan glycerin & kacau lagi. Sejukkan sebentar.
5. Masukkan 4 cup gula aising ke dalam mangkuk besar. Buat lubang ditengah.
6. Masukkan campuran gelatin tadi. Gaul perlahan2 menggunakan senduk kayu.
7. Letakkan 4 cup gula aising lagi ke atas meja. Tuangkan campuran gula dari mangkuk tadi & uli bersama.
8. Simpan di dalam plastik wrap & simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau fondant ni keras sangat, campurkan air sedikit (1tsp) & uli lagi.
Kalau lembik sangat, uli lagi gula aising bersama fondant tadi.

Easy Glaze Recipie..

Baru-baru ni sibuk nak mencari resepi 'glaze' untuk donut...
Cari punya cari, akhirnya jumpa satu resepi glaze mudah nie kat youtube.
Mengikut tuan punya resepi ni, glaze ni bukan je sesuai untuk donat. Boleh juga digunakan untuk deco kek, sugar cookies, cuppies, eclairs & macam2 lagi...


Ni resepi glaze..

2 tbsp butter
1 cup gula aising
2 tbsp serbuk koko
1 tsp vanilla
air

cara:
1. Mula-mula cairkan butter.
2. Ayak gula aising & serbuk koko ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan butter yang telah cair. Kacau.
4. Masukkan air sedikit2 (1 sudu) & kacau. Tambah air hingga glaze tu pekat mengikut kesesuaian kita..
Glaze ni akan keras..