Easy Glaze Recipie..

Baru-baru ni sibuk nak mencari resepi 'glaze' untuk donut...
Cari punya cari, akhirnya jumpa satu resepi glaze mudah nie kat youtube.
Mengikut tuan punya resepi ni, glaze ni bukan je sesuai untuk donat. Boleh juga digunakan untuk deco kek, sugar cookies, cuppies, eclairs & macam2 lagi...


Ni resepi glaze..

2 tbsp butter
1 cup gula aising
2 tbsp serbuk koko
1 tsp vanilla
air

cara:
1. Mula-mula cairkan butter.
2. Ayak gula aising & serbuk koko ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan butter yang telah cair. Kacau.
4. Masukkan air sedikit2 (1 sudu) & kacau. Tambah air hingga glaze tu pekat mengikut kesesuaian kita..
Glaze ni akan keras..

1 comments:

Ziean Izzarul said...
3:56 PM

Cara²nya, 1tsp vanilla??