Wedding Cake

Salam buat pembaca...

Untuk entry kali ni, saya paparkan wedding kek yang saya siapkan untuk majlis persandingan Ain & pasangannya (lupa la nama.. hehe) pada 26.2.2011 ni.
Keknya merupakan kek 2 tingkat (stacked) yang dihasilkan dari kek coklat moist & dibalut dengan homemade fondant. Kek ni dibuat menepati tema perkahwinan Ain yang menggunakan warna putih, merah & hitam.
Kalau ikut rancangan asal, saya nak buat sendiri bunga-bunga gumpaste untuk hiasan kek ni. Tapi tak sempat la pulak. Jadi, terpaksa la guna bunga gumpaste ready made nie..
Harap Ain happy dengan kek ini...




Kepada pembaca & pelawat blog ini, sudi-sudikan la untuk berikan sebarang komen ya..

Fondant Recipie

Assalamualaikum...
Maaf lama tak update blog ni. Banyak sangat kerja yang nak dibuat. Terkejar ke sana sini nak siapkan semua kerja. Sampai kadang-kadang lupa nak makan.

Kali ni saya nak share resepi fondant yang saya biasa gunakan untuk balut kek saya. Saya tak pernah guna fondant yang dijual kat kedai2 tu.. Lagi best & puas bila buat fondant ni sendiri..
Lagi banyak daripada commercial fondant & definitely cheaper!
Resepi ni saya ambil dari website wilton...

Fondant:

1.2 kg (8 cup) gula aising (ayak)
1 tbsp + 2 tsp gelatin
1/4 cawan air
1/2 cawan glukosa/glucose
2 tbsp shortening
1 tbsp gliserin/glycerine

Cara:

1. Masukkan air kedalam mangkuk kaca. Taburkan gelatin. Biarkan sampai keras.
2. Double boil gelatin sampai semuanya cair.
3. Masukkan glukosa & kacau sampai sebati.
4. Masukkan shortening & kacau. Sebelum semua shortening cair, angkat dari double-boil & masukkan glycerine. Kacau & biar sejuk seketika.
5. Tuang campuran tadi ke dalam gula aising. Kacau menggunakan sudip kayu. Bila dah keras/berat, alihkan ke atas meja/couter top & uli dengan tangan sehingga fondant tu keras mengikut kehendak kita.
6. Balut dengan cling-wrap & simpan di tempat kedap udara.


Here's a video on how to make fondant from scratch.

video

Birthday Cake


Kek birthday untuk anak rakan sekerja.
Kali ni saya gunakan kek red velvet dgn buttercream filling & covered with fondant.
Anak rakan ni memang minta kek bentuk bola...
Ini la hasilnya..

Wedding Cake



2 tiers wedding cake for today's wedding.
Chocolate moist cake & covered with buttercream using basketweave techique.
Terima kasih kepada Azmeer & his family yang tempah kek ni untuk wedding saudara mereka..

Fondant Cake



Another fondant cake untuk Mimi yang akan bertunang esok..
Mimi nak kek fondant handbag..
So inilah hasilnya..
Thanks mimi...
Selamat bertunang....

Fondant Cake



Kek fondant untuk hantaran...
Terima kasih kepada Mimi yang oder kek nie..
Selamat bertunang esok...