Chiffon Kek

Ni plak resepi kek chiffon..
Sedap untuk minum petang....
Cicah dengan air teh panas pon sodap!!

Chiffon Cake

Bahan:
150 gm tepung
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder (ayak 3 bahan nie)
140 gm gula
1/4 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil vanilla
5 biji telur (asingkan putih & kuning)
25 gm gula
2/3 sudu kecil krim of tartar

Cara:
Panaskan oven pada 170'C
1. Pukul gula dengan telur sampai kembang sikit.
2. Masukkan air, minyak & vanilla. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung yang sudah di ayak. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur bersama krim of tartar.
5. Bila dah berbuih masukkan 25 gm gula. Terus pukul hingga buih jadi stiff peak.
6. Ambil sedikit putih telur, masukkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati. Masukkan lagi sedikit putih telur tu ke dalam adunan tepung & gaul perlahan hingga rata. Buat sehingga habis.
7. Masukkan ke dalam acuan & bakar hingga masak.

Peringatan: Jangan sapu acuan dengan minyak atau butter atau apa pun. Just alas dengan kertas minyak sahaja...

Selamat mencuba!!!

0 comments: