Fondant recipie..

Ada orang tanya saya pasal fondant nie..

Saya ni pun bukannya pandai sangat. Tak ada masuk kelas mana-mana pun pasal fondant nie. Saya cuma ikut resepi kat internet, then try buat sendiri. Mula-mula memang tak jadi, tapi bila dah selalu buat, Alhamdulillah, jadi juga. Tak payah bayar mahal-mahal nak masuk kelas fondant nie. Video-video yang banyak kat youtube pun turut bantu beri ilmu tentang fondant nie..

Yang saya tau fondant atau sugar paste ni ada 2 jenis. Satu yang dibuat dari 'scratch' iaitu dari campuran gelatin, shortening, glucose, glycerine, air & gula aising. Satu lagi jenis guna marshmellow & gula aising je. Ada lagi satu cara. Cara yang paling mudah. Iaitu beli fondant siap yang ada jual kat kedai-kedai bahan kek nie..

Setakat ni saya just buat sendiri semua fondant yang say gunakan. Bukannya ape. Kalau beli ni dahla harganya mahal. Satu pek tu sikit je. Tak tau nak estimate berapa banyak yang kita nak guna. Kalau time nak guna tu tetiba tak cukup, kan leceh nak keluar beli yang baru.. Kalau buat sendiri, dapat jimat kos & dapat banyak fondant utk setiap adunan..

Saya selalu guna resepi fondant dari Wilton. Saya just guna resepi yang guna gelatin semua tu..
Ni resepinya...

Fondant

Bahan:

1 tbsp + 2 tsp gelatin
1/4 cup air
1/2 cup sirap glukos
2 tbsp shortening
1 tbsp glycerin
8 cup gula aising (diayak)


Cara:
1. Masukkan air ke dalam mangkuk kaca. Taburkan gelatin ke atasnya. Biarkan dalam 5 minit.
2. Double boil gelatin & air tadi. Bila dah cair, masukkan sirap glukos. Kacau sampai sirap glukos tu cair sepenuhnya.
3. Masukkan shortening. Kacau lagi. Sebelum semua shortening cair, alihkan dari api.
4. Masukkan glycerin & kacau lagi. Sejukkan sebentar.
5. Masukkan 4 cup gula aising ke dalam mangkuk besar. Buat lubang ditengah.
6. Masukkan campuran gelatin tadi. Gaul perlahan2 menggunakan senduk kayu.
7. Letakkan 4 cup gula aising lagi ke atas meja. Tuangkan campuran gula dari mangkuk tadi & uli bersama.
8. Simpan di dalam plastik wrap & simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau fondant ni keras sangat, campurkan air sedikit (1tsp) & uli lagi.
Kalau lembik sangat, uli lagi gula aising bersama fondant tadi.

2 comments:

ayet10 said...
9:51 PM
This comment has been removed by the author.
ayet10 said...
9:52 PM

barg2 ni sume jual kat pasaraya ke smuanye..kalu ade picture seng ckt sy nk cari barangye