Fondant Recipie

Assalamualaikum...
Maaf lama tak update blog ni. Banyak sangat kerja yang nak dibuat. Terkejar ke sana sini nak siapkan semua kerja. Sampai kadang-kadang lupa nak makan.

Kali ni saya nak share resepi fondant yang saya biasa gunakan untuk balut kek saya. Saya tak pernah guna fondant yang dijual kat kedai2 tu.. Lagi best & puas bila buat fondant ni sendiri..
Lagi banyak daripada commercial fondant & definitely cheaper!
Resepi ni saya ambil dari website wilton...

Fondant:

1.2 kg (8 cup) gula aising (ayak)
1 tbsp + 2 tsp gelatin
1/4 cawan air
1/2 cawan glukosa/glucose
2 tbsp shortening
1 tbsp gliserin/glycerine

Cara:

1. Masukkan air kedalam mangkuk kaca. Taburkan gelatin. Biarkan sampai keras.
2. Double boil gelatin sampai semuanya cair.
3. Masukkan glukosa & kacau sampai sebati.
4. Masukkan shortening & kacau. Sebelum semua shortening cair, angkat dari double-boil & masukkan glycerine. Kacau & biar sejuk seketika.
5. Tuang campuran tadi ke dalam gula aising. Kacau menggunakan sudip kayu. Bila dah keras/berat, alihkan ke atas meja/couter top & uli dengan tangan sehingga fondant tu keras mengikut kehendak kita.
6. Balut dengan cling-wrap & simpan di tempat kedap udara.


Here's a video on how to make fondant from scratch.

video

0 comments: